BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

November 16, 2010

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

November 10, 2010

Jangan paksakan hari esok hadir sekarang
"
Hakikatnya hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi..Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya.Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu..."
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan )kamu dengan kemiskinaan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma)dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji(bersifat bakhil kedekut;sedang Allah menjanjikan kamu(dengan keampunan daripada-NYA serta kelebihan kurniaNya."
Tunggulah hari esok itu datang dengan sendirinya,jangan sekali-kali menanyakan khabar beritanya dn jangan pula menunggu serangan malapetakanya....
"petikan dari buku 'la tahzan'.."

October 2, 2010

teman

TEMAN
siapakah teman
siapa itu sahabat
siapa dia kawan
kenapa perlu ada sengketa dalam bersahabat
kenapa kami yang perlu tertanya-tanya
tidak bisa kah kamu untuk berterus terang
apa salah kami yang tak pernah tahu punca kebisuan kamu
andai kami salah tegur lah kami sebagai sahabat
usah biar kami rasa bersalah
adakah kita berbeza haluan?
kamu mula bermasam muka
mula tidak bertegur sapa
kami hanya insan biasa
yang tidak mampu membaca fikiran orang lain
jangan biarkan kami ternanti-nanti
jangan biarkan kami salah tafsir akan perlakuan mu
jangan biarkan kami salah sangka terhadapmu wahai sahabat
kita dibawah satu kapal
yang mana kami juga penuntut ilmu di bumi Allah ini
inginkan kedamaian dalam mencapai kejayaan
tapi andai timbulnya perselisihan antara hubungan sahabat ini
sukar untuk kami menghadapi hari-hari yang mendatang
usah biar masalah itu sebagai racun persahabatan
andai kami tahu racun itu
kami sedia mencari penawar mungkin juga menjadi penawar itu sendiri
jangan biarkan ikatan persahabatan ini terlerai begitu sahaja
kami sayang akan persahabatan ini..


Doa seorang teman yang penuh dengan khilaf-
"Ya Allah ya Tuhanku,redhailah persahabatan kami,wujudkanlah kasih sayang antara kami, pulihkanlah hubugan persahabatn ini...jauhkanlah kami dari hasutan syaitan durjana dan peliharalah persahabatn kami juga kukuhkanlah ikatan ini ..Sesungguhnya engkau Maha pengasih lagi Maha Penyayang.."

September 30, 2010

around the corner

Everything is around the corner...
Bell will ring at any time ...
time is running faster than usual..
sometimes feel the bomb will explode..
heat+oxygen+fuel=FIRE

Program must be conduct properly to get the best result..
Due date will reach the time and everything not done yet...
Final is around the corner..
Next week is the critical week..
the event must follow the flow...

Ya Allah Ya Tuhanku...Bantulah hambaMu ini untuk menghadapi semua ini dengan tenang..permudahkanlah segala urusan ku..Sesungguhnya engkau Maha Kuasa dan Maha Penyayang...

September 18, 2010

it come againts-assign+ments

Recycling as simple as cycling on the road..if it could be!!!





Assignments as simple as sign the treaty?

September 16, 2010

Syawal...

Salam Syawal...Salam Aidilfitri

Masa yang berlalu sangat pantas...1 syawal yang sgt dinanti telah pun berlalu kini...Alhamdulillah selesai sudah Ramadhan kali ini tapi sedih bilamana Ramadhan kali ini masih belum cemerlang,masih ada yang saya terlupa dan terlalai..adakah Allah akan kurniakan Ramadhan kepada kita selepas ini..Moga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan jasad dan juga rohani yang baik bagi Ramadhan akan datang.. Pilu hati ini bila nenda yang tersayang pergi menemui Ilahi 18 Ramadhan 1431h..takde lagi panggilan nenek dibibir ini, Pagi 1 Syawal kurang meriahnya...selalunya saudara mara berkumpul di rumah kami sebab rumah kami lah kampung mereka, family kami yang menjaga nenek, maka meriah lah setiap pagi 1 Syawal..Tapi semuanya telah berubah..tiada lagi keriuhan tapi gembira itu tetap ada menandakan Kemenangan umat Islam di Syawal yang mulia ini...Rupa-rupanya Syawal lepas adalah Syawal terakhir buat nenda..Semoga roh nenda ditempatkan dikalangan orang2 yang bertakwa dan solehah..Amin

catatan: Junior Sek menengah meninggal accident pada petang 7 Syawal..terkejut sangat di usia muda beliau menemui ajal..Mati tidak mengenal usia..Al-Fatihah( moga rohnya juga ditempatkan dikalangan orang2 soleh)




August 10, 2010

KunjuNgan TeTamu..Satu penerbangan






Seorang sahabat mengutus sms...
Salam...saya sha'aban..saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya ,Ramadhan akan datng mengunjungi anda bersama isterinya iaitu Rezeki&kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftaar.Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat,Barakah & keampunan..Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines..Hargai mereka & anda akn mendapat pahala yg berlipat ganda!!SeLAMAT Memburu KeraHMATAN dan KEAmpunan..

selang beberapa minit si kakak dan si abang send sms..

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIRLINES bernombor 1431H dgan tujuan IDHUL FITRI..Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan lapar dan dahaga.Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat Puasa dan menegakkan kursi SoLat.. penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN..Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..

memikir sejenak..moga tetamu yang mulia dan penuh rahmat itu akan dapat rahmat,berkat dan keampunan oleh diri ini dan juga semoga penerbangan ini nanti menjadi satu penerbangan yang penuh keinsafan atas khilaf selama ini dan sejuta kebaikan padanya dapat dicapai..INSYAALLAH


Niat puasa RAmadhan