BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

July 5, 2011

.::Bersedia awal agar tidak kempunan::.

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Sekadar peringatan bersama...
Wahai umat Islam sekalian,kita harus bersedia agar pepatah nasi dah menjadi bubur itu jauh dari kita.apa yang perlu disediakan?

Rejab dah melabuhkan tirainya,Syaaban dah menjenguk kita..mm,apa tindakan kita?buat tak tahu saja.Layak ke kita semua nak sombong pada Allah?Ayuh sahabat kita banyak bermuhasabah diri..mai kita pakat ramai-ramai.ajak satu family,kawan-kawan,jiran dan semua orang.mana yang mampu kan...nak ajak dia orang buat apa?tambah amalan kita pada Allah ..mmm..selalu kita nak exam mesti buat persediaan awal kan(bagi mereka yang nak berjaya dengan cemerlang la kan)..realitinya,kita pun nak exam juga sekarang ni sebab bulan Ramadhan ni macam bulan peperiksaan juga kan.Kalau kita lulus cemerlang InsyaAllah dapat ijazah takwa dan bulan Syaaban bulan latihan..masa ni la kita buat ulangkaji dan latihan yang banyak,kukuhkan mana yang masih lemah sebab nak jawab periksa dengan yakin dan tenang.

Bila masuk je bulan Ramadhan yang mulia takda la kita terkejut..apa yang terkejutnya?mesti la kan,andainya sebelum ni tak pernah nak bangun malam-malam,masa orang semua tido tetiba nak bangun malam coz macam nak buat ibadah lebih..mula-muala mungkin semangat tapi belum sampai pertengahan bulan dah rasa malas sebab belum jadi kebiasaan Qiamulail..mmm kan dah rugi..tangguh-tangguh mencuri masa...akhir Ramadhan kan de lailatulqadr..nanti la dulu..mmm,takut tak sempat je.nauzubillah.

Sama-sama kita hitung kelalaian diri dan sihatkan rohani kita pada bulan-bulan sebelum ramadhan agar kita boleh membuat pembaikan..selalu kan kita ungkapkan"moga ramadhan kali ini lebih dari ramadhan yang lalu"..ayuh realitikan ungkapan ini dengan menyenarai semak amalan-amalan kita dengan bersedia lebih awal...

Mari lah wahai sahabat sekalian,
Insafilah peringatan dari Nabi SAW tentang mereka yang keluar dari Ramadhan tetapi gagal mendapat keampunan dari Allah maka celakalah orang itu.Mudah-mudahan kita dapat bersedia awal sebelum Ramadhan menjelang tiba agar kecelakaan dapat dielakkan..




ayuh!kita baca al-quran..

ilham hati:Allah bukakan pintu langit untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya yang banyak berdosa adalah antara kelebihan nisfu syaaban..=_=

*hurm ..lama dah tak buat'entry' kat sini.

March 9, 2011

Diam

Bibir terkatup rapat...

Hati berbicara sendiri..

Tak perlu ada yang tahu.
Biar diri yang menanggung.
Apakah bisa tanpa terbeban.
Takut memakan diri.
Tapi itu mungkin yang terbaik.
Cuma jangan dilupa Tuhan yang memberi ketenangan.
Siapa bisa mendengar bersama memikul.
Nasihat mungkin membantu tapi awas kadang hati ini kecewa dan terduduk mengeluh tanda sedih
Aliran dipipi semakin laju tak mampu dibendung.
Lumrah hidup iman diri diuji Pencipta.
Minta untuk kuat gagahkan diri.
Hidup harus terus dan syukur itu penting.



January 27, 2011

Allah berhak...























******************************************


sedih.kuatkan aku Ya Allah.. Dua minggu lepas seperti ia boleh diterima.Semalam,lepas waktu asar,perasaan tu jengah kembali.Apakah ni Ya Allah..kawan-kawan, aku rindu korang.sangat rindu nak dengar lecture..rindukan kesibukan menyiapkan assigment,rindukan debaran presentation depan kelas...rindukan suasana kampus.kurang lebih 3 bulan lagi tuk bertemu kembali...sangat menyeksakan.

January 22, 2011

sahabat...


























Indahnya bersahabat ...
rasa kasih dan sayang...
ukhwah terjalin kerna Allah..
mencari warna seindah pelangi...
seindah persahabatan...
terciptanya kenangan..
terpahat di hati menjadi simpulan...
kesedihan dan kegembiraan...
menyapa perhubungan...
menuntut kesetiaan seorang teman..
indahnya sebuah pertemuan ...
dihias dengan perpisahan...
lumrah kehidupan..
mungkin ianya pahit untuk ditelan....
yakinlah dengan janji Allah..
bertemu dan berpisah.
ada rahmat dan kasihNYA..

*walau sepahit mana kita pernah dilukai oleh insan bergelar sahabat tapi percayalah dia pernah mencipta kenangan semanis madu yang mungkin kita lupa untuk menghargainya*

*moga mendapat manfaat bersama^_^*

January 21, 2011

Andai ku tahu....

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku


ajal dan maut itu di dalam kuasa Allah yang Maha Esa...Tak siapa tahu bila ajal kita..beberapa hari lepas dib tengok satu drama kat astro prima kalau tak silap.Tajuk dia"andai ku tahu"..main actor eja n rusdi ramli.citer dia mengisahkan si suami lakonan rusdi ramli yg menghidapi diabetis peringkat awal.si isteri lakonan eja sangat2 ambil berat suami dia sampaikan si anak terasa terpinggir dan sianak asyik mengadu mama dia tak kisah tentang diri dia dan mungkir janji.Tiap2 hari si isteri telefon ke pejabat si suami hampir enam tujuh kali nak tanya keadaan suami,tiap2 hari si isteri yang menghantar si suami ke pejabat,langsung tak dibenarkan si suami memandu,bimbang kejadian yang tak diingini berlaku,setiap kerja rumah si isteri yang buat walau pun sebelum ni hanya si suami yang buat.suami ditatang bagai minyak yang penuh..si isteri sangat2 bimbang kalau2 suami tercinta tinggalkan beliau selamanya. hampir ke akhir penceritaan kami yang menonton tak dapat nak agak pengakhiran cerita tu sebab selalu kalau tengok drama kat umah,muncul ramai lah pengarah yang tak bertauliah sibuk nak buat arahan..kali ni semua orang diam...kami dok teka kalau2 akhirya si suami yang akan meninggal dunia sebab si suami dah menunjukkan tanda2 yang ketara bahawa dia akan tinggalkan dunia tapi at the end isteri yang tercinta yang sihat walafiat

telah meninggalkan dunia ni untuk selama-lamanya..cerita yang sangat simple bagi dib tapi pengajaran dari cerita ni sangat terbaik..



Andai kita tahu akan ajal kita...
adakah kita betul2 akan bertaubat pada Allah
mungkin kita akan tangguh sehinggalah esok berlakunya kematian pada diri kita ...

sedangkan kita sering tangguh pada kecilnya perkara sebagai contoh dib sendiri jenis yang suka tangguh nak study,bila exam dah dekat baru nak struggle..masa tu banyak benda yang tak cover lagi..
bimbang kalau diri ni tak dapat nak cover semua suruhan Allah sebelum ajal tiba.nauzubillahiminzalik..


Andai kita tahu ajal kita..
kita mesti takut nak menghadapi hari2 mendatang...bimbang kita tak cukup bersedia nak jawab soalan Allah.

Yakinlah janji Allah benar dan pasti..
"tiap-tiap diri akan merasai mati"(surah Ali Imran ayat 185)

Sabda Rasulullah SAW "Orang yang sebenarnya cerdik adalah orang yang selalu mengingati mati.."

*bermuhasabah diri adalah terbaik,Ya Allah ya Tuhanku aku memohon husnul khatimah(kematian yang baik)..

*semoga mendapat manfaat bersama..


January 11, 2011

Saya sAyAng MaK sAya....^_^

Bismillahirrahmanirrahim...







entri kali ni dib nak citer mengenai ibu yg dib syg sgt...ni special tuk contest yg dianjurkan oleh saudara sudirman abdul rahman..setuju dengan beliau:daripada kita merapu membuat bermacam-macam entri ada baiknya kita buat satu entri mengenai ibu dan dan semoga ia dapat menjadi iktibar dan motivasi kepada semua pembaca..




semua orang sayang mak mereka..macam dib juga .terlalu banyak sebab kenapa dib sayang mak dib.andai nak dihitung,mungkin darah yang mengalir dalam diri kami anak2 memang tak cukup...bermula dari mengandungkan dib sehingga dib dah 20 tahun,mak cukup sabar dan prihatin..mak memang comel..
Dib panggil beliau "mak"..nama penuh beliau Chumariah binti Katam tapi name glamor beliau jamilah..so ramai lah yang memanggil beliau wak jam, makcik jam dan nek jam..kalau nak dhitung jasa beliau memang kami anak-anak tak mampu nak hitung.kudratnya sebagai seorang mak yang membesarkan kami 6 puteri dan seorng teruna membuatkan dib cukup kagum dengan beliau..mak dib suri rumah.satu pekerjaan yang nampak mudah tapi sebenarnya sangat susah.mak dib bukan hanya menjaga kebajikan anak-anak beliau tapi juga anak orang lain.maksud dib beliau juga babysitter...budak2 yang mak dib jage sekitar 1-10 tahun..semua de 5 orang...Alhamdulillah walau diorg ni nakal belaka tapi mak dib sabar ngan diorg ,nasib baik bapak dib dah pencen maka kuranglah beban mak sebab bapak dib bole tolong jage diorang gak..bukan tu je mak dib ni mengajar budak kat kg dib mengaji al-quran...ramai gak la yang datang mengaji...dib ingat lagi masa kecik-kecik dib ngan kakak2,abang n adik2 mengaji al-quran.mak yang ajar,Alhamdulillah kami dah khatam al-quran dan ramai budak2 kat kg yang mak kami ajar selamat khatam al-quran siap buat kenduri..ni la salah satu sumbangan mak dib...mak dib pandai menjahit,tiap-tiap tahun beliau lah yang jahit baju baru tuk kami walau masa tu banyak tempahan baju sampai pernah satu ketika malam raya mak bertungkus lumus nak siapkan baju raya kami sekeluarga.terima kasih banyak2 mak..dib sangat sayang mak dib.sebenarnya banyak sangat ilmu yang dib dapat dari mak dib..beliau adalah guru yang terbaik bagi dib..



< Kanak2 riang yang mak dib jage...


















kami sekeluarga di hari raya...^_^











Macam orang lain,dib sebagai anak kadang-kadang de gak nakal tapi seingat dib tak la sampai mak sedih bangat disebabkan kenakalan dib.wallahua'lam,mungkin mak dib pernah nanges sebab dib cuma dib je tak tau..hanya Allah je tau perasaan mak.. dib masih ingat antara benda nakal yang dib dan adik-beradik dib pernah buat ialah bila kami ni asyik gaduh memanjang sampaikan kami ni cakap benda-benda yang tak elok..tak tau la time tu memang zaman bila gaduh je mesti kuar perkataan binatang tu.bukan yang sopan tapi yang kurang sopan, rasanya sume orang tau pe binatang tu kan .tapi dib sangat sedih dan sangat terharu bila mak menangis bila dib sakit dan terpaksa duduk wad hospital...walaupun mak tak tunjuk beliau sedih tapi dib tahu yang mak baru je lepas menangis..last year,dib sekali lagi diuji Allah bilamana dib kna gastrik..1st time dib kena gastrik.sakitnye hanya Allah je tau,airmata ni tak henti mengalir tahan sakit,,masa tu mak la orang yang sangat risau sampi mak pun same nangis dengan dib,mak la yang tolong tadah muntah dib..memang sedih sangat masa tu.hanya Allah je tau..bukan hanya bila dib sakit tapi bila anak2 beliau sakit,mak cukup risau walau si anak dah berkahwin,beliau tak lupa nak tepon tanya khabar...




***terlalu banyak jasa mak,moga kami anak-anak takkan lupa mak***





harapan...

dib harap dib dapat tunaikan impian mak dan juga bapak untuk menunaikan haji...memang tak dapat dib nak membalas jasa mereka andai nak dibandingkan segala pe yang mereka dah bagi pada dib..tapi atleast dib dapat gembirakan beliau dan dib nak mak rasa bangga dengan dib dan dib juga rasa bersyukur sangat sebab Allah kurniakan insan yang sangat istimewa untuk dib.beliau lah mak dib yang dib sayang sangat.....dib juga berharap sangat dan berdoa pada Allah untuk menjadi anak yang solehah,biiznillah...dan tidak meyakiti beliau dan juga dapat menjaga beliau sebaiknya tika beliau memerlukan kami adik-beradik macam beliau jaga kami 7 beradik...


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa..."surah al-nisa' (4):36

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
doa ibubapa

mendoakan rahmat kepada ibubapa:“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]


*moga anda mendapat manfaat dari entry ni ^_^..



January 1, 2011

SelamAT DatAng 2011 ..

Bismillahirrahmanirrahim..
2011..
Alhamdulillah..syukur atas nikmat Allah yang sangat besar kerana masih diberi kesempatan pada hambaNya ni yang penuh kekhilafan untuk terus meniti kehidupan...semakin hari semakin terasa cepatnye masa berlalu dan merasakan banyak ilmu Allah yang belom lagi diterokai dan dihayati dan juga diamal...2010- 365 hari yang baru ditinggalkan,aku masih belum lagi mencapai azam yang lepas....bila difikirkan pe la sgt azam tu,nape x boleh nak capai?sedangkan masa sangat panjang...52 minggu..12 bulan..pe la yang dibuat dalam masa tu kan..sampai tak tercapai azam...tak pe,aku nak renew balik azam tu...tak nak buat azam yang baru,nak cuba yang terbaik...

jadikan hari ini adalah yang lebih baik dari semalam....


azam 2011
hafaz surah
1-al-waqiah
2-al-mulk
3-as-sajadah
4-yasin
5-InsyaAllah surah2 lain dalam al-quran


act surah2 ni dah hafal masa sek men then xde istiqamah dalam dri bilamane x diamalkan lam seharian..so,ingt2 lupe la..azam ni adalah antare azam aku tuk tahun 2011..it just the main and the rest let it keep in myself,let me only know it..the next entry,InsyaAllah let me share the fadhilat or kelebihan surah2 kat atas tu...



*Ya Allah...permudahkan lah urusan ku.....sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..