BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

January 21, 2011

Andai ku tahu....

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku


ajal dan maut itu di dalam kuasa Allah yang Maha Esa...Tak siapa tahu bila ajal kita..beberapa hari lepas dib tengok satu drama kat astro prima kalau tak silap.Tajuk dia"andai ku tahu"..main actor eja n rusdi ramli.citer dia mengisahkan si suami lakonan rusdi ramli yg menghidapi diabetis peringkat awal.si isteri lakonan eja sangat2 ambil berat suami dia sampaikan si anak terasa terpinggir dan sianak asyik mengadu mama dia tak kisah tentang diri dia dan mungkir janji.Tiap2 hari si isteri telefon ke pejabat si suami hampir enam tujuh kali nak tanya keadaan suami,tiap2 hari si isteri yang menghantar si suami ke pejabat,langsung tak dibenarkan si suami memandu,bimbang kejadian yang tak diingini berlaku,setiap kerja rumah si isteri yang buat walau pun sebelum ni hanya si suami yang buat.suami ditatang bagai minyak yang penuh..si isteri sangat2 bimbang kalau2 suami tercinta tinggalkan beliau selamanya. hampir ke akhir penceritaan kami yang menonton tak dapat nak agak pengakhiran cerita tu sebab selalu kalau tengok drama kat umah,muncul ramai lah pengarah yang tak bertauliah sibuk nak buat arahan..kali ni semua orang diam...kami dok teka kalau2 akhirya si suami yang akan meninggal dunia sebab si suami dah menunjukkan tanda2 yang ketara bahawa dia akan tinggalkan dunia tapi at the end isteri yang tercinta yang sihat walafiat

telah meninggalkan dunia ni untuk selama-lamanya..cerita yang sangat simple bagi dib tapi pengajaran dari cerita ni sangat terbaik..



Andai kita tahu akan ajal kita...
adakah kita betul2 akan bertaubat pada Allah
mungkin kita akan tangguh sehinggalah esok berlakunya kematian pada diri kita ...

sedangkan kita sering tangguh pada kecilnya perkara sebagai contoh dib sendiri jenis yang suka tangguh nak study,bila exam dah dekat baru nak struggle..masa tu banyak benda yang tak cover lagi..
bimbang kalau diri ni tak dapat nak cover semua suruhan Allah sebelum ajal tiba.nauzubillahiminzalik..


Andai kita tahu ajal kita..
kita mesti takut nak menghadapi hari2 mendatang...bimbang kita tak cukup bersedia nak jawab soalan Allah.

Yakinlah janji Allah benar dan pasti..
"tiap-tiap diri akan merasai mati"(surah Ali Imran ayat 185)

Sabda Rasulullah SAW "Orang yang sebenarnya cerdik adalah orang yang selalu mengingati mati.."

*bermuhasabah diri adalah terbaik,Ya Allah ya Tuhanku aku memohon husnul khatimah(kematian yang baik)..

*semoga mendapat manfaat bersama..