Bismillahirrahmanirrahim...
entri kali ni dib nak citer mengenai ibu yg dib syg sgt...ni special tuk contest yg dianjurkan oleh saudara sudirman abdul rahman..setuju dengan beliau:daripada kita merapu membuat bermacam-macam entri ada baiknya kita buat satu entri mengenai ibu dan dan semoga ia dapat menjadi iktibar dan motivasi kepada semua pembaca..
semua orang sayang mak mereka..macam dib juga .terlalu banyak sebab kenapa dib sayang mak dib.andai nak dihitung,mungkin darah yang mengalir dalam diri kami anak2 memang tak cukup...bermula dari mengandungkan dib sehingga dib dah 20 tahun,mak cukup sabar dan prihatin..mak memang comel..
Dib panggil beliau "mak"..nama penuh beliau Chumariah binti Katam tapi name glamor beliau jamilah..so ramai lah yang memanggil beliau wak jam, makcik jam dan nek jam..kalau nak dhitung jasa beliau memang kami anak-anak tak mampu nak hitung.kudratnya sebagai seorang mak yang membesarkan kami 6 puteri dan seorng teruna membuatkan dib cukup kagum dengan beliau..mak dib suri rumah.satu pekerjaan yang nampak mudah tapi sebenarnya sangat susah.mak dib bukan hanya menjaga kebajikan anak-anak beliau tapi juga anak orang lain.maksud dib beliau juga babysitter...budak2 yang mak dib jage sekitar 1-10 tahun..semua de 5 orang...Alhamdulillah walau diorg ni nakal belaka tapi mak dib sabar ngan diorg ,nasib baik bapak dib dah pencen maka kuranglah beban mak sebab bapak dib bole tolong jage diorang gak..bukan tu je mak dib ni mengajar budak kat kg dib mengaji al-quran...ramai gak la yang datang mengaji...dib ingat lagi masa kecik-kecik dib ngan kakak2,abang n adik2 mengaji al-quran.mak yang ajar,Alhamdulillah kami dah khatam al-quran dan ramai budak2 kat kg yang mak kami ajar selamat khatam al-quran siap buat kenduri..ni la salah satu sumbangan mak dib...mak dib pandai menjahit,tiap-tiap tahun beliau lah yang jahit baju baru tuk kami walau masa tu banyak tempahan baju sampai pernah satu ketika malam raya mak bertungkus lumus nak siapkan baju raya kami sekeluarga.terima kasih banyak2 mak..dib sangat sayang mak dib.sebenarnya banyak sangat ilmu yang dib dapat dari mak dib..beliau adalah guru yang terbaik bagi dib..
< Kanak2 riang yang mak dib jage...

kami sekeluarga di hari raya...^_^

harapan...
dib harap dib dapat tunaikan impian mak dan juga bapak untuk menunaikan haji...memang tak dapat dib nak membalas jasa mereka andai nak dibandingkan segala pe yang mereka dah bagi pada dib..tapi atleast dib dapat gembirakan beliau dan dib nak mak rasa bangga dengan dib dan dib juga rasa bersyukur sangat sebab Allah kurniakan insan yang sangat istimewa untuk dib.beliau lah mak dib yang dib sayang sangat.....dib juga berharap sangat dan berdoa pada Allah untuk menjadi anak yang solehah,biiznillah...dan tidak meyakiti beliau dan juga dapat menjaga beliau sebaiknya tika beliau memerlukan kami adik-beradik macam beliau jaga kami 7 beradik...
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
doa ibubapa
mendoakan rahmat kepada ibubapa:“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]
*moga anda mendapat manfaat dari entry ni ^_^..
0 comments:
Post a Comment