BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

July 5, 2011

.::Bersedia awal agar tidak kempunan::.

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Sekadar peringatan bersama...
Wahai umat Islam sekalian,kita harus bersedia agar pepatah nasi dah menjadi bubur itu jauh dari kita.apa yang perlu disediakan?

Rejab dah melabuhkan tirainya,Syaaban dah menjenguk kita..mm,apa tindakan kita?buat tak tahu saja.Layak ke kita semua nak sombong pada Allah?Ayuh sahabat kita banyak bermuhasabah diri..mai kita pakat ramai-ramai.ajak satu family,kawan-kawan,jiran dan semua orang.mana yang mampu kan...nak ajak dia orang buat apa?tambah amalan kita pada Allah ..mmm..selalu kita nak exam mesti buat persediaan awal kan(bagi mereka yang nak berjaya dengan cemerlang la kan)..realitinya,kita pun nak exam juga sekarang ni sebab bulan Ramadhan ni macam bulan peperiksaan juga kan.Kalau kita lulus cemerlang InsyaAllah dapat ijazah takwa dan bulan Syaaban bulan latihan..masa ni la kita buat ulangkaji dan latihan yang banyak,kukuhkan mana yang masih lemah sebab nak jawab periksa dengan yakin dan tenang.

Bila masuk je bulan Ramadhan yang mulia takda la kita terkejut..apa yang terkejutnya?mesti la kan,andainya sebelum ni tak pernah nak bangun malam-malam,masa orang semua tido tetiba nak bangun malam coz macam nak buat ibadah lebih..mula-muala mungkin semangat tapi belum sampai pertengahan bulan dah rasa malas sebab belum jadi kebiasaan Qiamulail..mmm kan dah rugi..tangguh-tangguh mencuri masa...akhir Ramadhan kan de lailatulqadr..nanti la dulu..mmm,takut tak sempat je.nauzubillah.

Sama-sama kita hitung kelalaian diri dan sihatkan rohani kita pada bulan-bulan sebelum ramadhan agar kita boleh membuat pembaikan..selalu kan kita ungkapkan"moga ramadhan kali ini lebih dari ramadhan yang lalu"..ayuh realitikan ungkapan ini dengan menyenarai semak amalan-amalan kita dengan bersedia lebih awal...

Mari lah wahai sahabat sekalian,
Insafilah peringatan dari Nabi SAW tentang mereka yang keluar dari Ramadhan tetapi gagal mendapat keampunan dari Allah maka celakalah orang itu.Mudah-mudahan kita dapat bersedia awal sebelum Ramadhan menjelang tiba agar kecelakaan dapat dielakkan..




ayuh!kita baca al-quran..

ilham hati:Allah bukakan pintu langit untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya yang banyak berdosa adalah antara kelebihan nisfu syaaban..=_=

*hurm ..lama dah tak buat'entry' kat sini.

March 9, 2011

Diam

Bibir terkatup rapat...

Hati berbicara sendiri..

Tak perlu ada yang tahu.
Biar diri yang menanggung.
Apakah bisa tanpa terbeban.
Takut memakan diri.
Tapi itu mungkin yang terbaik.
Cuma jangan dilupa Tuhan yang memberi ketenangan.
Siapa bisa mendengar bersama memikul.
Nasihat mungkin membantu tapi awas kadang hati ini kecewa dan terduduk mengeluh tanda sedih
Aliran dipipi semakin laju tak mampu dibendung.
Lumrah hidup iman diri diuji Pencipta.
Minta untuk kuat gagahkan diri.
Hidup harus terus dan syukur itu penting.



January 27, 2011

Allah berhak...























******************************************


sedih.kuatkan aku Ya Allah.. Dua minggu lepas seperti ia boleh diterima.Semalam,lepas waktu asar,perasaan tu jengah kembali.Apakah ni Ya Allah..kawan-kawan, aku rindu korang.sangat rindu nak dengar lecture..rindukan kesibukan menyiapkan assigment,rindukan debaran presentation depan kelas...rindukan suasana kampus.kurang lebih 3 bulan lagi tuk bertemu kembali...sangat menyeksakan.

January 22, 2011

sahabat...


























Indahnya bersahabat ...
rasa kasih dan sayang...
ukhwah terjalin kerna Allah..
mencari warna seindah pelangi...
seindah persahabatan...
terciptanya kenangan..
terpahat di hati menjadi simpulan...
kesedihan dan kegembiraan...
menyapa perhubungan...
menuntut kesetiaan seorang teman..
indahnya sebuah pertemuan ...
dihias dengan perpisahan...
lumrah kehidupan..
mungkin ianya pahit untuk ditelan....
yakinlah dengan janji Allah..
bertemu dan berpisah.
ada rahmat dan kasihNYA..

*walau sepahit mana kita pernah dilukai oleh insan bergelar sahabat tapi percayalah dia pernah mencipta kenangan semanis madu yang mungkin kita lupa untuk menghargainya*

*moga mendapat manfaat bersama^_^*

January 21, 2011

Andai ku tahu....

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku


ajal dan maut itu di dalam kuasa Allah yang Maha Esa...Tak siapa tahu bila ajal kita..beberapa hari lepas dib tengok satu drama kat astro prima kalau tak silap.Tajuk dia"andai ku tahu"..main actor eja n rusdi ramli.citer dia mengisahkan si suami lakonan rusdi ramli yg menghidapi diabetis peringkat awal.si isteri lakonan eja sangat2 ambil berat suami dia sampaikan si anak terasa terpinggir dan sianak asyik mengadu mama dia tak kisah tentang diri dia dan mungkir janji.Tiap2 hari si isteri telefon ke pejabat si suami hampir enam tujuh kali nak tanya keadaan suami,tiap2 hari si isteri yang menghantar si suami ke pejabat,langsung tak dibenarkan si suami memandu,bimbang kejadian yang tak diingini berlaku,setiap kerja rumah si isteri yang buat walau pun sebelum ni hanya si suami yang buat.suami ditatang bagai minyak yang penuh..si isteri sangat2 bimbang kalau2 suami tercinta tinggalkan beliau selamanya. hampir ke akhir penceritaan kami yang menonton tak dapat nak agak pengakhiran cerita tu sebab selalu kalau tengok drama kat umah,muncul ramai lah pengarah yang tak bertauliah sibuk nak buat arahan..kali ni semua orang diam...kami dok teka kalau2 akhirya si suami yang akan meninggal dunia sebab si suami dah menunjukkan tanda2 yang ketara bahawa dia akan tinggalkan dunia tapi at the end isteri yang tercinta yang sihat walafiat

telah meninggalkan dunia ni untuk selama-lamanya..cerita yang sangat simple bagi dib tapi pengajaran dari cerita ni sangat terbaik..



Andai kita tahu akan ajal kita...
adakah kita betul2 akan bertaubat pada Allah
mungkin kita akan tangguh sehinggalah esok berlakunya kematian pada diri kita ...

sedangkan kita sering tangguh pada kecilnya perkara sebagai contoh dib sendiri jenis yang suka tangguh nak study,bila exam dah dekat baru nak struggle..masa tu banyak benda yang tak cover lagi..
bimbang kalau diri ni tak dapat nak cover semua suruhan Allah sebelum ajal tiba.nauzubillahiminzalik..


Andai kita tahu ajal kita..
kita mesti takut nak menghadapi hari2 mendatang...bimbang kita tak cukup bersedia nak jawab soalan Allah.

Yakinlah janji Allah benar dan pasti..
"tiap-tiap diri akan merasai mati"(surah Ali Imran ayat 185)

Sabda Rasulullah SAW "Orang yang sebenarnya cerdik adalah orang yang selalu mengingati mati.."

*bermuhasabah diri adalah terbaik,Ya Allah ya Tuhanku aku memohon husnul khatimah(kematian yang baik)..

*semoga mendapat manfaat bersama..


January 11, 2011

Saya sAyAng MaK sAya....^_^

Bismillahirrahmanirrahim...







entri kali ni dib nak citer mengenai ibu yg dib syg sgt...ni special tuk contest yg dianjurkan oleh saudara sudirman abdul rahman..setuju dengan beliau:daripada kita merapu membuat bermacam-macam entri ada baiknya kita buat satu entri mengenai ibu dan dan semoga ia dapat menjadi iktibar dan motivasi kepada semua pembaca..




semua orang sayang mak mereka..macam dib juga .terlalu banyak sebab kenapa dib sayang mak dib.andai nak dihitung,mungkin darah yang mengalir dalam diri kami anak2 memang tak cukup...bermula dari mengandungkan dib sehingga dib dah 20 tahun,mak cukup sabar dan prihatin..mak memang comel..
Dib panggil beliau "mak"..nama penuh beliau Chumariah binti Katam tapi name glamor beliau jamilah..so ramai lah yang memanggil beliau wak jam, makcik jam dan nek jam..kalau nak dhitung jasa beliau memang kami anak-anak tak mampu nak hitung.kudratnya sebagai seorang mak yang membesarkan kami 6 puteri dan seorng teruna membuatkan dib cukup kagum dengan beliau..mak dib suri rumah.satu pekerjaan yang nampak mudah tapi sebenarnya sangat susah.mak dib bukan hanya menjaga kebajikan anak-anak beliau tapi juga anak orang lain.maksud dib beliau juga babysitter...budak2 yang mak dib jage sekitar 1-10 tahun..semua de 5 orang...Alhamdulillah walau diorg ni nakal belaka tapi mak dib sabar ngan diorg ,nasib baik bapak dib dah pencen maka kuranglah beban mak sebab bapak dib bole tolong jage diorang gak..bukan tu je mak dib ni mengajar budak kat kg dib mengaji al-quran...ramai gak la yang datang mengaji...dib ingat lagi masa kecik-kecik dib ngan kakak2,abang n adik2 mengaji al-quran.mak yang ajar,Alhamdulillah kami dah khatam al-quran dan ramai budak2 kat kg yang mak kami ajar selamat khatam al-quran siap buat kenduri..ni la salah satu sumbangan mak dib...mak dib pandai menjahit,tiap-tiap tahun beliau lah yang jahit baju baru tuk kami walau masa tu banyak tempahan baju sampai pernah satu ketika malam raya mak bertungkus lumus nak siapkan baju raya kami sekeluarga.terima kasih banyak2 mak..dib sangat sayang mak dib.sebenarnya banyak sangat ilmu yang dib dapat dari mak dib..beliau adalah guru yang terbaik bagi dib..



< Kanak2 riang yang mak dib jage...


















kami sekeluarga di hari raya...^_^











Macam orang lain,dib sebagai anak kadang-kadang de gak nakal tapi seingat dib tak la sampai mak sedih bangat disebabkan kenakalan dib.wallahua'lam,mungkin mak dib pernah nanges sebab dib cuma dib je tak tau..hanya Allah je tau perasaan mak.. dib masih ingat antara benda nakal yang dib dan adik-beradik dib pernah buat ialah bila kami ni asyik gaduh memanjang sampaikan kami ni cakap benda-benda yang tak elok..tak tau la time tu memang zaman bila gaduh je mesti kuar perkataan binatang tu.bukan yang sopan tapi yang kurang sopan, rasanya sume orang tau pe binatang tu kan .tapi dib sangat sedih dan sangat terharu bila mak menangis bila dib sakit dan terpaksa duduk wad hospital...walaupun mak tak tunjuk beliau sedih tapi dib tahu yang mak baru je lepas menangis..last year,dib sekali lagi diuji Allah bilamana dib kna gastrik..1st time dib kena gastrik.sakitnye hanya Allah je tau,airmata ni tak henti mengalir tahan sakit,,masa tu mak la orang yang sangat risau sampi mak pun same nangis dengan dib,mak la yang tolong tadah muntah dib..memang sedih sangat masa tu.hanya Allah je tau..bukan hanya bila dib sakit tapi bila anak2 beliau sakit,mak cukup risau walau si anak dah berkahwin,beliau tak lupa nak tepon tanya khabar...




***terlalu banyak jasa mak,moga kami anak-anak takkan lupa mak***





harapan...

dib harap dib dapat tunaikan impian mak dan juga bapak untuk menunaikan haji...memang tak dapat dib nak membalas jasa mereka andai nak dibandingkan segala pe yang mereka dah bagi pada dib..tapi atleast dib dapat gembirakan beliau dan dib nak mak rasa bangga dengan dib dan dib juga rasa bersyukur sangat sebab Allah kurniakan insan yang sangat istimewa untuk dib.beliau lah mak dib yang dib sayang sangat.....dib juga berharap sangat dan berdoa pada Allah untuk menjadi anak yang solehah,biiznillah...dan tidak meyakiti beliau dan juga dapat menjaga beliau sebaiknya tika beliau memerlukan kami adik-beradik macam beliau jaga kami 7 beradik...


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa..."surah al-nisa' (4):36

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).
doa ibubapa

mendoakan rahmat kepada ibubapa:“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]


*moga anda mendapat manfaat dari entry ni ^_^..



January 1, 2011

SelamAT DatAng 2011 ..

Bismillahirrahmanirrahim..
2011..
Alhamdulillah..syukur atas nikmat Allah yang sangat besar kerana masih diberi kesempatan pada hambaNya ni yang penuh kekhilafan untuk terus meniti kehidupan...semakin hari semakin terasa cepatnye masa berlalu dan merasakan banyak ilmu Allah yang belom lagi diterokai dan dihayati dan juga diamal...2010- 365 hari yang baru ditinggalkan,aku masih belum lagi mencapai azam yang lepas....bila difikirkan pe la sgt azam tu,nape x boleh nak capai?sedangkan masa sangat panjang...52 minggu..12 bulan..pe la yang dibuat dalam masa tu kan..sampai tak tercapai azam...tak pe,aku nak renew balik azam tu...tak nak buat azam yang baru,nak cuba yang terbaik...

jadikan hari ini adalah yang lebih baik dari semalam....


azam 2011
hafaz surah
1-al-waqiah
2-al-mulk
3-as-sajadah
4-yasin
5-InsyaAllah surah2 lain dalam al-quran


act surah2 ni dah hafal masa sek men then xde istiqamah dalam dri bilamane x diamalkan lam seharian..so,ingt2 lupe la..azam ni adalah antare azam aku tuk tahun 2011..it just the main and the rest let it keep in myself,let me only know it..the next entry,InsyaAllah let me share the fadhilat or kelebihan surah2 kat atas tu...



*Ya Allah...permudahkan lah urusan ku.....sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

November 16, 2010

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

November 10, 2010

Jangan paksakan hari esok hadir sekarang
"
Hakikatnya hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi..Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya.Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu..."
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan )kamu dengan kemiskinaan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma)dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji(bersifat bakhil kedekut;sedang Allah menjanjikan kamu(dengan keampunan daripada-NYA serta kelebihan kurniaNya."
Tunggulah hari esok itu datang dengan sendirinya,jangan sekali-kali menanyakan khabar beritanya dn jangan pula menunggu serangan malapetakanya....
"petikan dari buku 'la tahzan'.."

October 2, 2010

teman

TEMAN
siapakah teman
siapa itu sahabat
siapa dia kawan
kenapa perlu ada sengketa dalam bersahabat
kenapa kami yang perlu tertanya-tanya
tidak bisa kah kamu untuk berterus terang
apa salah kami yang tak pernah tahu punca kebisuan kamu
andai kami salah tegur lah kami sebagai sahabat
usah biar kami rasa bersalah
adakah kita berbeza haluan?
kamu mula bermasam muka
mula tidak bertegur sapa
kami hanya insan biasa
yang tidak mampu membaca fikiran orang lain
jangan biarkan kami ternanti-nanti
jangan biarkan kami salah tafsir akan perlakuan mu
jangan biarkan kami salah sangka terhadapmu wahai sahabat
kita dibawah satu kapal
yang mana kami juga penuntut ilmu di bumi Allah ini
inginkan kedamaian dalam mencapai kejayaan
tapi andai timbulnya perselisihan antara hubungan sahabat ini
sukar untuk kami menghadapi hari-hari yang mendatang
usah biar masalah itu sebagai racun persahabatan
andai kami tahu racun itu
kami sedia mencari penawar mungkin juga menjadi penawar itu sendiri
jangan biarkan ikatan persahabatan ini terlerai begitu sahaja
kami sayang akan persahabatan ini..


Doa seorang teman yang penuh dengan khilaf-
"Ya Allah ya Tuhanku,redhailah persahabatan kami,wujudkanlah kasih sayang antara kami, pulihkanlah hubugan persahabatn ini...jauhkanlah kami dari hasutan syaitan durjana dan peliharalah persahabatn kami juga kukuhkanlah ikatan ini ..Sesungguhnya engkau Maha pengasih lagi Maha Penyayang.."

September 30, 2010

around the corner

Everything is around the corner...
Bell will ring at any time ...
time is running faster than usual..
sometimes feel the bomb will explode..
heat+oxygen+fuel=FIRE

Program must be conduct properly to get the best result..
Due date will reach the time and everything not done yet...
Final is around the corner..
Next week is the critical week..
the event must follow the flow...

Ya Allah Ya Tuhanku...Bantulah hambaMu ini untuk menghadapi semua ini dengan tenang..permudahkanlah segala urusan ku..Sesungguhnya engkau Maha Kuasa dan Maha Penyayang...

September 18, 2010

it come againts-assign+ments

Recycling as simple as cycling on the road..if it could be!!!





Assignments as simple as sign the treaty?

September 16, 2010

Syawal...

Salam Syawal...Salam Aidilfitri

Masa yang berlalu sangat pantas...1 syawal yang sgt dinanti telah pun berlalu kini...Alhamdulillah selesai sudah Ramadhan kali ini tapi sedih bilamana Ramadhan kali ini masih belum cemerlang,masih ada yang saya terlupa dan terlalai..adakah Allah akan kurniakan Ramadhan kepada kita selepas ini..Moga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan jasad dan juga rohani yang baik bagi Ramadhan akan datang.. Pilu hati ini bila nenda yang tersayang pergi menemui Ilahi 18 Ramadhan 1431h..takde lagi panggilan nenek dibibir ini, Pagi 1 Syawal kurang meriahnya...selalunya saudara mara berkumpul di rumah kami sebab rumah kami lah kampung mereka, family kami yang menjaga nenek, maka meriah lah setiap pagi 1 Syawal..Tapi semuanya telah berubah..tiada lagi keriuhan tapi gembira itu tetap ada menandakan Kemenangan umat Islam di Syawal yang mulia ini...Rupa-rupanya Syawal lepas adalah Syawal terakhir buat nenda..Semoga roh nenda ditempatkan dikalangan orang2 yang bertakwa dan solehah..Amin

catatan: Junior Sek menengah meninggal accident pada petang 7 Syawal..terkejut sangat di usia muda beliau menemui ajal..Mati tidak mengenal usia..Al-Fatihah( moga rohnya juga ditempatkan dikalangan orang2 soleh)




August 10, 2010

KunjuNgan TeTamu..Satu penerbangan






Seorang sahabat mengutus sms...
Salam...saya sha'aban..saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya ,Ramadhan akan datng mengunjungi anda bersama isterinya iaitu Rezeki&kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftaar.Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat,Barakah & keampunan..Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines..Hargai mereka & anda akn mendapat pahala yg berlipat ganda!!SeLAMAT Memburu KeraHMATAN dan KEAmpunan..

selang beberapa minit si kakak dan si abang send sms..

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIRLINES bernombor 1431H dgan tujuan IDHUL FITRI..Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan lapar dan dahaga.Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat Puasa dan menegakkan kursi SoLat.. penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN..Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..

memikir sejenak..moga tetamu yang mulia dan penuh rahmat itu akan dapat rahmat,berkat dan keampunan oleh diri ini dan juga semoga penerbangan ini nanti menjadi satu penerbangan yang penuh keinsafan atas khilaf selama ini dan sejuta kebaikan padanya dapat dicapai..INSYAALLAH


Niat puasa RAmadhan

July 8, 2010

HRM.....

Human Resource Management...

How it should be?What the first impression about it..It come to my life and i welcomed it...



July 2, 2010

Terdesakkah aku?





Bismillahi Awwaluwal akhir...
Pernah kita lupa?lupa nak baca Al-Quran..
Bukan sengaja lupa tapi Terlupa...boleh?
Astaghfirullahal'azim...minta dijauhkanlah kita untuk lupa padaNYA..
Andai kita lupa pada Yang Maha Esa ditakuti Allah lupa pada kita..
Satu antara banyak cara untuk hambaNYA mengingati Allah adalah membaca dan menghayati kalamNYA...

Seandainya Al-Quran bisa berbicara,ia akan berkata
"Waktu kau masih anak kecil...
kau bagai teman sejatiku..
kau sentuh aku dalam keadaan suci..
kau pegang aku ke sana sini..
kau baca dengan lirih dan keras...
kau menitiskan airmata tuk kenal setiap kalimahku..
Tapi sekarang kau telah dewasa..
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
apakah aku bacaan usang?
Yang tinggal sejarah..
sekarang kau simpan aku dengan rapi..
kau biarkan aku sendiri..berlapis debu..
dimakan kutu...
kupohon peganglah aku lagi...
bacalah aku setiap hari..
hayatilah setiap kalimah ku..
dan ambillah pengajaran dari setiap kalimah itu...
kerna aku akan jadi penerang..
di dalam kuburmu nanti..."


"Dan kami turunkan daripada Al-Quran(sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"(surah Al-Isra'17:82)


"sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya.Allh akan memakaikan kedua-dua ibubapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada didunia(Riwayat Ahmad)

-mungkin ada antara kita hanya kembali membaca Al-Quran saat kesedihan,ditimpa musibah,tika kita terdesak..tak terkecuali juga diri ini yang kadang-kadang lupa untuk membaca kalimahNYA apalagi menghayati..nauzibillah..Astaghfirullahal'azim..ampunilah hambaMU ni Ya Allah..




Ini mungkin tidak adil... dimana saat kita lupa pada Allah namun Allah tidak pernah lupa pada hambaNYA walau si hamba masih jauh dariNYA..MasyaAllah,besarnya nikmat Allah..

*sekadar perkongsian ilmu, moga sama-sama mendapat berkat dan redhaNYA*

June 30, 2010

I Am SORRy..Maafkan SAYA

ASSALAMUALAIKUM..




Ungkapan maaf macam satu ungkapan sepahit hempedu tika diri bersalah? (pahit tahap mana hempedu ni?)…lebih kepada kesalahan sesama insan..diamana sikap sedar diri……

Senang bila menyuruh si teman meminta maaf sedangkan... bila diri sendiri yang harus meminta?..
Rugi ke kita bila meminta..bukan wang ringgit,simpati mahupun hutang sekalipun…hanya kata-kata ampun dan maaf atas kesalahan yang terlanjur yang menyakiti hati insan lain..
Ego ke kita tuk meminta maaf sedangkan kita yang bersalah..
Malu ke kita ni nak minta maaf padahal kita tak malu tuk lalai pada Allah
Jatuh ke maruah kita bila kita meminta maaf...

Ungkapan keramat ni boleh juga menjalinkan satu ikatan dan mengukuhkan ukhwah yang sedia terjalin...

Tak kiralah kita ni bersalah pada siapa pun selagi dia atau kalian itu manusia..
Maaf itu perlu...

*Pernah ke ada kes kematian sebab minta maaf...

Mungkin boleh di klasifikasikan maaf seorang insan
Bilamana kita sememangnya bersalah-hati akan rasa tak senang kan sebab kita tau yang kita ni memang salah..terfikir-fikir je bila nak wat keje ni,kita fikir kesalahan tu..sehingga semua benda kita tak boleh nak focus..kita sangka panas sehingga ke petang,rupanya hujan di tengahari..ada kena mengena ke dengan I’M SORRY..
Bilamana kita assume yang kita salah dalam hal tu..sifat ni memang bagus..tuk elak perang besar"EH!aku yang salah kan ,bukan kau"..boley ke macam ini..kalau ini la situasi yang berlaku zaman sekarang ni,of cos dunia ni aman dan sejahtera…
In fact,banyak cara kan kita nak minta maaf,antaranya maybe:
*bagi surat rasmi ke
*bagi surat saman
*guna orang tengah
*hantar e-mail
*YM dgn dia ke
*buat banner kat dpan uma dia ke
*bagi kad kreatif minta ampun maaf
*belanja makan dulu,then minta maaf kat dia
*lau desperate sgt ble gak wat announcement kat TV,majalah,NSTP,Metro n whatever suitable
*susah sgt.. bagi kad raye kat dia(tggu raya?moga diberi kesempatan umur yg panjang)
*slow talk dengan dia
*gunakan bahasa yang paling sopan


****Don't worry,be happy****Sesungguhnya ALLAh bersama2 kita...InsyaALLAH^_^..
(perkongsian bersama)

June 27, 2010

KENApA Aku...

Salam..
Kenapa aku..istimewakah aku?
persoalan yang sering muncul diruang2 fikiran insan yang mungkin kesedihan dan ditimpa musibah..diri ni juge tak terlepas dalam bermonolog saat sedih dan diuji...


Ketika membelek2 majalah SOLUSI edisi 20 saya membaca satu ruangan yang menjawab persoalan ini...sekadar perkongsiaan bersama atas kasih seorang saudara terhadap saudara yang lain..

Kenapa Aku Sering Diuji?

Firman Allah maksudnya:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ;'Kami telah beriman,'sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta."(Surah Al-Ankabut:2-3)
*Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hamba-hambaNYA yang benar-benar beriman.. KIta ditimpa musibah.. samada kita HambaNYA yang lemah ini Redha akan ketentuanNYA atau sekadar menyalahkan pada takdir..Disitulah iman kita teruji..


Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?

Firman Allah,maksudnya:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,sesungguhnya Allh amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah al-Baqarah:216)

*memang tidak dinafikan kita akan mengalami situasi bilamana kita suka sesuatu benda tu tapi ia mendatangkan keburukan pada kita dan sebaliknya dimana mungkin kita benci sesuatu sedangkan ia mendatangkan keburukan pada kita..contoh terdekat mungkin kita seronok dengan hiburan2 yg melalaikan padahal ia mendatangkan dosa pada kita.ada yg kata ia sekadar hiburan semata2,tiada kaitan yang hidup atau yg meninggal dunia tapi dari situ la ianya akan mempengaruhi akidah kita....(sekadar pandangan saya yang lemah ini..)

Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah,maksudnya:"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah:286)
*terasa berat sangat musibah yang menimpa sehingga pernah menitiskan airmata...mungkin juga merasa sangat lemah sehingga jatuh tersungkur..tapi sebagai hambaNYA yang lemah lagi hina diri ini hanya mampu berdoa untuk kekel tabah dan mengharap kekuatan dan ganjaran yang lebih baik kerna hikmah disebaliknya tiada siapa yang tahu...

Bgaimana kan kuhadapi ujian ini?
irman Allah,maksudnya:Wahai oarang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lesih daripada kesabaran musuh(di medan prjuangan),dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)."(Surah Ali Imran:200)

Firman Allah,maksudnya:Dan mintalah pertolongan(kepada Allah)dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."(Surah al-Baqarah:45)
*"Assobru minal iman" ..satu penantian menuntut sejuta kesabaran..dan kita TIDAK patut lupa untuk bersyukur bila senang walau ia sekadar satu hembusan nafas..(saling mengingati)

Apa yang aku boleh dapat daripada ni?
Firman Allah,maksudnya:'Sesungguhnya Allh telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran )syurga untuk mereka..'
*Janji Allah pasti ada,cuma kita sebagai hambaNya tidak mengetahui bila,cepat atau lambat....Moga2kita tergolong dalam orang2 yang beriman.InsyaALLAH..

June 26, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah,Syukur yang tak terhingga saya pagi ni sebab.......
1)saya masih bernafas
2)saya masih boleh mengabdikan diri pada Allah
3)saya masih boleh bercakap,melihat...jerit2 ckit^0^
4)saya masih boleh berbakti pada mak n bapa saya
5)saya masih boleh tersenyum lebar pagi ni sebab saya buka blog pagi ni...saya wat senaman tangan n mata di taman2 blogger dan saya tersengih2 sendiri bila saya menang contest yg saya join aritu..contest anjuran En Azrai Ahmad Zamri..
Syukran Jazilan pada beliau coz beliau terima penyertaan saya dan juga memilih saya sebagai salah seorang pemenang walaupun hanya sekadar pemenang saguhati..
Tak sangka plak menang kn ..last minute rsenye join contest tu coz baru pas je exam..mula2 xnak join kn tapi kononnya nak release ckit tension kan so saya join..hehe..menang plak kan..Alhamdulillah,suka sangat^_^.. bila senam2 ckit kat blog pemenang lain memang diorang ni terbaik la..

June 25, 2010

AKSARA PENCORAK HIDUPKU


Salam...
saya nak start blogging balik arini..bukan pe.tetiba je rasa nak buat senaman tangan.. kan3..sebelum buat en3 ni saya da buat warm up tangan kat taman-taman blog yang best dan menyamankan..tengah wat warm up,ternampak pulak satu contest ni..benti warm up..baca sal contest tu..macam bes je kan..so i join la kan..
ok..nak mencorak hidup ni bukan senang macam nak corak kertas yang mcam dalam kelas pendidikan seni tu...kta mesti la guna alat yang terbaikkkk kan..bagi saya salah satu alat saya guna adalah aksara2 yang mantap dari sebuah buku..ia menjadi aksara yang cukup cantik dan menarik bilamana saya cuba memperbaiki diri dari sehari ke sehari..memang menduga kesabaran,hari ni nak wat solat tahajjud..bantal asyik memnggil je..hari pertama memang kalah dengan bantal tu,hari kedua pak cik selimut pulak duk menyeru namaku..aku kalah sekali lagi..tapi untuk hari yang ke-3cuba melawan tu sume..Alhamdulillah.aku berjaya melawan mereka semua...tp saya tak kekal dalam bertahajjud(de gak ari yang miss kan)..byk je dugaan2 yg ganggu kn..kwn2 tgh syok tdo,saya kuatkan diri bangun..bukan nak bangga diri,sekadar berkongsi cerita...lagi satu,ianya menjadi aksara yang cukup membantu saya dan keluarga dalam melalui hari yang mendatang..sebagai rujukan kami sekeluarga..ia juga menjadi aksara prepaid bagi saya,kerana memang diakui iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang..iman manusia sntiasa berkurang,maka saya perlu topup iman saya dan saya guna buku ni untuk topup iman tu..kalau kita sanggup topup phone RM5 perday takkan kita tak sanggup beli topup RM55 tuk seumur hidup(merujuk pada harga buku)..ini la yang dimaksudkan aksara pencorak hidupku dari pandangan saya yang tak seberapa ni..






Judul=Indahnya Hidup Bersyariat
Penulis=Dato'Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid
Penerbit=Telaga Biru Sdn Bhd
Bil muka surat=308(berwarna)
Harga=RM55(sem),RM57(Sab/Swk)

Buku tu ialah 'Indahnya Hidup bersyariat'buku memang terbaik bagi saya sebab
1)warna muka depan biru(sejuk mata memandang)
2)lengkap dengan doa2 harian
3)de gak cara solat(bagi yang sihat dan sakit -siap gambar berwarna)
4)sangat sesuai untuk didikan bagi anak2 yang masih kecil yang lebih mudah faham bila tengok gambar(naikkan semangat diorang nak laksanakan perintah Allah)
5)lengkap dengan panduan amalan fardhu dan sunat
6)semua langkah amalan ditunjuk step-by-step
7)merangkumi juga syariat berkaitan remaja,jual beli,farhu ain asas(bersuci,solat,puasa,zakat,haji dan sebagainya)-pedek kata lengkap la.
8)de gak mengenai munakahat(perkahwinan) dan syariat dalam bermasyarakat..
Totally buku ni cukup lengkap dan sangat penting bagi sebuah keluarga Islam walau bapanya seorng alim Ulama,saya rasa ia juga perlu dimiliki untuk anak2 beliau..Ia juga sesuai untuk hadiah di hari lahir atau hadiah sebuah perkahwinan dan mungkin juga hadiah seorang sahabat kepada sahabatnya..sila dapatkanya..^_^..